Friday, October 30, 2009

Rainbow of My Own........

Happy! Thats how I feel now. After such a long gloomy days, dapat call semalam from the big boss. Good news. Syukur pada Mu..ya Allah! Today dapat surat 'chenta' dari boss.

Lately dapat contact member - member time study dulu. Depa sumer pas diploma pergi over sea. I je tak pegi. Lepas habih belajar, kerja...pastu kahwin.... Laa ni dah 4 anak dah. Tu le harta I yang paling berharga. Tapi tak nyesal lah ..rezeki masing - masing kan....

Hari ni kerja I dok mengkayakan orang je... Camna lah diorang ni.. dah ada duit lagi buat duit. Senang-senang je dapat contra gain beribu. Hish.... jeles I. There's a saying "In order to make money, U have to have money" ...but how to make money when U dont have the money huh? Tengok orang main saham ni memang lah tempting.... but u have to be very careful. Kalau boleh biarlah pakai xtra money .....kok jatuh share tu boleh pick up. Contra bahaya wooo. Speaking from experience he he he..........Tak pa Allah suruh cari duit jalan betul...jangan pakai short cut...nanti orang lagi dengki iye dak?

Till then........


Monday, October 26, 2009

Buat renungan.........





Sifat Keibuan Dan Keperluan Kewajipan Anak

"Motherhood and the ideal of filial piety" By GF Haddad
Translated by Hj Rozan Yunos


"SIAPA yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini?" Seorang pernah bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. "Ibu kamu," jawab Nabi. "Dan siapa lagi?" "Ibu kamu," Nabi mengulangi. "Selepas itu siapa?" orang itu bertanya lagi. "Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga. "Dan selepas itu??" "Selepas itu ayah kamu." Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Di dalam berapa surah Al-Quran adalah ditekankan mengenai dengan keperluan tuntutan anak kepada ibubapa tetapi penekanan adalah kepada ibu: "… Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…" (Surah Luqman, ayat 14), "… Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…" (Surah Al-Ahqaf, ayat 15). Di dalam Al-Quran, seorang anak yang salleh yang tidak mempunyai bapa tetapi hanyalah seorang ibu ialah Nabi Isa Alaihi Salam, siapa yang telah dikatakan sebagai "… taat kepada ibunya dan tidak menjadikannya sebagai seorang yang sombong takabbur ataupun celaka…" (Surah Maryam, Ayat 32).

Dengan adanya penekanan di dalam Al-Quran dan hadis bahawa bolehlah difahamkan bahawa perkataan `ibubapa' di dalam ayat-ayat lain seperti "… janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa…" (Surah Al-Baqarah, Ayat 83) dimana dua suruhan ugama daripada sepuluh suruhan ugama, yang dikongsi oleh penganut Nasrani dan Yahudi dan juga boleh dibandingkan dengan Islam, ialah perkara yang kedua penting selepas penekanan kepada ugama (theocentrism) iaitu penekanan kepada keibuan (matricentric).

Di dalam satu hadis, satu contoh anak yang salleh ialah seorang pengembala berbangsa Yemen bernama Uways al-Qarani yang memohon izin ibunya untuk melawat Medinah untuk berjumpa Nabi Muhammad SAB, tetapi tidak berjumpa Rasulullah kerana beliau ke tempat yang lain, Uways dengan sedih pulang ke Yemen untuk memenuhi tanggungjawabnya menjaga ibunya. Rasulullah kemudiannya menceritakan kepada para sahabat bahawa kedudukan Uways adalah sangat tinggi di kalangan mereka di Hari Perkiraan dan akan menjadi seorang yang boleh memintas di Hari itu. Taat kepada ibubapa merupakan lebih penting daripada melakukan Jihat, sebagaimana jua di dalam banyak hadis yang telah dialibahasakan dan disenaraikan oleh Aliah Schleifer di dalam bukunya `Motherhood in Islam' yang ditulis dalam tahun 1986.

Rasulullah sendiri tidak pernah bersama ibubapa Baginda, kehilangan bapa sebelum Baginda lahir dan kehilangan ibu beberapa bulan selepas itu. Satu daripada gambaran Sira ataupun biografi Rasul membayangkan bagaimana Baginda tanpa berkata-kata duduk di kubur ibunya menangis dengan hiba, dengan dikelilingi oleh sekumpulan besar sahabat-sahabat Baginda, kesemuanya menangis melihat keadaan Baginda itu.

Maulana Jalaluddin Rumi, seorang Aghan tetapi bukan berbangsa Taliban berkata mengenai dengan kehilangan di dunia dan pertukaran jika dibandingkan dengan kesakitan yang dialami oleh keibuan: "Setiap yang ada di dunia ini adalah seorang ibu, setiap ibu tidak menyedari akan kesakitan ibu yang lain di dalam melahirkan." Inilah satu-satu sukat yang digunakan oleh Rasulullah SAW apabila terserampak di tepi jalan, di dalam satu pertempuran, seekor anjing betina dengan anak-anaknya, Baginda berhenti dan meletakan seorang penjaga di tepi anjing itu untuk mempastikan tidak ada askar Baginda memijaknya. Saya tidak mengetahui mana-mana temadun di dunia ini yangmana ketuanya memberhentikan askar-askarnya dan menempatkan penjaga bagi mempastikan seekor anjing dijaga supaya tidak mendapat sebarang kemudaratan.

Pada satu masa, dengan menunjuk kepada seorang wanita yang mendokong anaknya berhampir dengan ibu, Rasul bertanya kepada Sahabat-Sahabat Baginda: "Bolehkah kamu termimpi wanita itu melongar anaknya ke dalam api ini? Sedangkan Pencipta kamu mempunyai keampunan dan untuk mahluk Nya." Bandingkan kedua cerita ini dengan bangsa Spartan yang fasis dan orang Timur yang sering membunuh di zaman lepas dan sekarang, sudah itu fikirkanlah bagaimana jauhnya kita orang Islam dan seluruh dunia tertinggal untuk mencontohi contoh perasaan keibuan Rasul kita yang berjiwa kejantanan dibandingkan dengan sesiapa sahaja yang pernah berjalan di muka bumi ini.

Sebaliknya, kita menuju jalan yang bertentangan dengan lebih pantas. Daripada benua India kepada Iran dan kepada dunia Arab, matriks perasaan hormat, kelembutan, kebolehan menjadi terhibur, perseimbangan, kebijaksanaan, keadilan kemanusiaan yangmana Rasul seorang diri telah dapat mengalahkan kepimpinan lelaki yang kasar sebelum ini, telah menghilang. Apa yang menyedihkan lagi, rantau-rantau ini menyaksikan terjebaknya keadaan kepada keganasan yang tidak dapat dimimpikan sebagaimana jua orang-orang jahiliyah sebelum datangnya Islam, mendapati perangai manusia Cro-Magnon sangat menggerunkan. Karya Goya bertajuk "Saturn memakan anak-anaknya" sudah menjadi kenyataan sebagaimana jua kaum kita memakan ibu-ibu dan kakak dan adik perempuan.

Satu lagi petikan daripada Mathnavi ialah mengenai dengan kata-kata bernas Rumi mengenai dengan ibu: "Apa yang kamu panggil dia? Kesayanganmu? Dia seorang pencipta! Hampir tidak diciptakan!"

Seorang Imam di Cambridge dan seorang penulis Islam dalam bahasa Inggeris yang terunggul dan masih hidup, Abdul Hakim Murad (Timothy J Winter), memulakan karangannya mengenai feminisma, "Islam, Irigaray, and the Retrieval of Gender" dengan ayat "Bolehkah lagi kaum lelaki menulis mengenai wanita?" Dia memuatkannya dengan beberapa ungkapan-ungkapan Rumi:

Rasulullah bersabda wanita menguasai kaum lelaki intelek dan pemegang semua hati.

Tetapi lelaki yang bodoh menguasai wanita, kerana mereka dibelengu oleh kebuasan binatang.

Mereka tidak mempunyai perasaan kebaikan, kelembutan ataupun kecintaan, kerana kebuasan binatang mempengaruhi mereka.

Cinta dan baik hati adalah perangai manusia, kemarahan dan keseronokan sensual adalah kepunyaan binatang.

Ia mempunyai cahaya daripada Tuhan, ianya bukan `cinta kamu.' Dia merupakan seorang pencipta dan boleh dikatakan tidak diciptakan.

Satu lagi Penyiar Persia, Iradj Mirza (meninggal dunia 1926) menulis mengenai satu ungkapan sajak mengenai dengan ibunya: "Semasa bangun, beliau mengajar saya bagaimana untuk tidur." Dari itu, keibuan adalah di pertengahan Islam di dalam berbagai peringkat: secara literal dan secara perundangan, tetapi juga bentuk pengubahannya dan kuasa mistiknya adalah sebagai peringatan kuasa Allah yang Maha Tinggi.

Ibu juga berada daripada segi sejarah dan secara simbolik di kalangan isteri-isteri Baginda, sebagaimana jua yang diterangkan di dalam Al-Quran: "… Nabi itu lebih hampir kepada orang yang beriman daripada diri mereka sendiri, dan isteri-isterinya itu adalah menjadi ibu mereka …" (Surah Al-Ahzab, Ayat 6).

Daripada semua ibu-ibu orang yang percaya, ialah Syaidina Khadijah, isteri Baginda yang pertama dan berumur 15 tahun tua daripada Baginda, siapa yang Baginda sayangi dan paling hormati, dan memberikan beliau beberapa orang anak perempuan, termasuk Syaidina Fatimah al-Zahra, wanita yang banyak mengalirnya keturunan Baginda daripada Timur ke Barat hingga ke masa ini.

Kesemua ibu-ibu kita, dan Fatimah di kalangan mereka, adalah sarjana atau ahli pertukangan atau pedagang jua. Orang-orang Islam yang awal telah menceritakan Syaidina Aishah sebagai seorang wanita yang sangat berpengetahuan di dalam sejarah manusia dan ini adalah benar kerana beliau bukan sahaja yang paling lama menjadi isteri (bersama Saudah) tetapi juga adalah yang termuda dan yang terpandai di kalangan isteri Rasul semasa zaman Baginda sudah menjadi Rasul.

Daripada segi bahasa jua, ibu adalah penting kepada Islam di dalam berbagai cara. Perkataaan Arab untuk ibu, umm, adalah jua asas kepada penggunaan Rasul, ummi, kadang-kadang disilap ertikan sebagai `tidak berpelajaran'; tetapi ianya juga adalah asas kepada perkataan yang menandakan keIslaman berzaman-zaman, iaitu ummah, satu perkataan yang digunakan untuk ugama dan juga apa jua masyarakat termasuk juga burung-burung dan tebuan. Ianya juga bersamaan bunyi dengan amma, `untuk membimbing dan membawa', dan dari sini terbit perkataan imam. Annemarie Schimmel di dalam buku beliau diterbitkan tahun 1995 bertajuk "Meine Steele ist eine Radu (Jiwa saya adalah Wanita) memetik gambar Rumi mengenai dengan ibu kepada Nabi Musa Alaihi Salam, yang dibesarkan di istana Firaun yang kafir jauh daripada kuil, adalah contoh manusia yang sempurna yang melahirkan seseorang Manusia Tuhan, juga bersamaan dengan karya interpretasi Meister Eckhart's separa Islam (tetapi kepada Nasrani, bukan pengajaran yang dapat diterima) kehamilan Mariam tanpa bapa di kuil Yahudi untuk melahirkan Nabi Isa Alaihi Salam.

Walaubagaimanapun, hanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, sahaja yang merupakan intan permata di mahkota ketaatan kepada ibubapa, dan ianya adalah seorang manusia yang telah tidak dapat peluang yang normal bagi kehidupan seseorang manusia – ibubapa dan persekolahan.

Sebagai seorang anak yatim piatu yang tidak berpendidikan, Nabi telah dibesarkan oleh Tuhan. Sebagai seorang anak kecil yang bergantung sepenuhnya kepada ibunya yang merupakan dunianya, ummi untuk Nabi Muhammad adalah seperti Baginda bertangung sepenuhnya kepada Allah dan merupakan juga bukti mengenai dengan kerasulan Baginda yang dianugerahkan oleh Tuhan. Perhubungan di antara Ummah dengan Rasul adalah sama seperti itu. Seperti juga, di peringkat ketiga, hubungan jemaah dengan imamnya: "Al-Shafi'i ialah seakan matahari memberikan cahaya dan bahang kepanasan kepada orang-orang," Ahmad ibn Hanbal pernah berkata. "Guru kami adalah ibubapa spiritual kami, mereka melahirkan kami untuk hari kemudian," Al-Nawawi pernah menulis. Dari itu kita boleh berkata, dengan cara Rumi, bahawa Rasul adalah ibu kita, ugama adalah ibu kita, masyarakat adalah ibu kita, dan guru kita adalah ibu kita.

Sebagaimana jua kamu melayan ibubapa kamu, begitu juga kamu akan dilayan di hari tua kamu. Setiap orang mengetahui bagaimana mereka hendak anak-anak mereka melayani mereka apabila mereka sudah mencapai umur tua. Inilah masa yang terbaik untuk bermahasabah bagaimana cara yang terbaik untuk memenuhi tanggungjawab kita kepada ibubapa kerana untuk membayar balik mereka adalah tidak sememangnya tidak dapat dilaksanakan. Mudah-mudahan dengan adanya sumbangan ini, kita tidak akan dimasukan ke dalam Buku Kehidupan sebagai seorang yang tidak taat kepada ibubapa. Pernah seseorang yang sedang bertawaf di keliling Kaabah dengan menyikut ibunya di belakangnya telah berjumpa dengan gurunya dan betanya: "Ustaz! Sudahkah saya membayar balik hutang saya kepadanya?" Gurunya hanya dapat menjawab: "Saya hanya dapat berdoa."

 
 
Salam all...... yang di atas tu hanya buat renungan kita semua.
 
Emak, tak terbalas jasamu melahirkan dan membesarkan diri ini. Anakmu ini berharap dapat membahagiakanmu selagi di beri kesempatan. Sayang selalu.......
 
Till then.......

Sunday, October 25, 2009

Week end cooking......

Semalam my SIL, Kak Jo balik Seremban dengan her son. They spent overnight here. So this morning goreng kue tiow for breakfast.....



Then for lunch.....sawi goreng, asam pedas ikan duri...chop....chop... sawi fried by niece and asam pedas cooked by mum. Heh heh...  kat rumah ramai orang boleh lah bagi-bagikan tugas iye tak? sharing is caring maa.....

Yang ni...baru I masak... Kak Jo kata anak dara dia (whose not coming over) pesan kalau ada bihun tomyam, bawak lah balik sikit.... less calorie maaa compared to tempoyak cili api (her favourite also)..


Tu le dia..... kalau week ned takde citer lain, masak, makan, masak, makan....... and laundry... Got to do my ironing,,,again... A never ending chores...

Till then........


Friday, October 23, 2009

Updating the blog from the office......

Borinnnggggg. Tu lah yang I rasa bila duduk sensorang kat dalam bilik kat office nih. Mula lah tangan nih merayap tekan butang surf internet. Bilik boss kat sebelah je ni..... Nasiblah...dia pun dulu Dealer jugak...tau le the nature of my work ni cemana. Kalau client tak call, takde kerja. Tu yang sampai kekadang carik kerja pulak.

Dalam pada dok bertenet..masuk sana, masuk sini....terjumpa pulak ni....


Till then.....

Tuesday, October 20, 2009

Saturday 17/10/2009 (part 2)

The kids dari pagi sibuk nak pergi swimming pool but the father tak bagi. Dia kata keluarkan plastic pool tu biar budak-budak tu main air kat situ je. Nasib le diorang tak kesah....janji dapat main air.

my boys.....



While the boys dok main air, hubby ajak gi kedai letrik. Haaa ni lah masa yang I dok tunggu - tunggu. Sebenarnya, semalam hubby called me in the office. Yessss!! Dia bagi greenlight nak beli garment steamer tu. Since today Hari Deepavali, I takut jugak kalau kedai semua tutup. Ada juga kedai yang bukak.
Belek punya belek , kami pun belilah. And nak jadi cerita, since last Thursday, kipas siling pulak buat hal. Tak berjalan. Jumaat tu satu hari tak bukak kipas..pakai kipas panjang je. Pastu, Sabtu pulak tiba-tiba dia ok balik. I thought hubby knew yang kipas tu dah berputar...rupanya dia tak sedar and he went to buy a new fan. Balik rumah...tadaaaaa.... dia mendongak and nampak kipas tu berpusing terus dia sound kat I, 'apasal tak bagi tau yang kipas tu dah ok'.. then he mumbled about cakap lenkali biar terang. Acik jugak yang kena. Tak kesahlah. Janji garment steamer yang kuidamkan dah ada...... Heh heh... Thank you dear.

tengah kat kedai.......
dapat jugak akhirnya......



orang kedai tengah pasang kipas....


the new and the old.....

Till then......




Saturday 17/10/2009 - Another week end at home...... (part 1)

Salam all.... hari ni I got a call from mum ( well, since 'that' kejadian my mum tak balik rumah. been staying at my adik's place for about a week now). Good news , she wants to come home. Bagi I, that shows only one thing - that she has accepted and redha dengan segala yang telah berlaku. Mum asked me if I & hubby can fetch her tomorrow. Beres aje... Syukur Ya Allah!

My kids ada music class today. So kenalah masak..... My menu  for today  - masak lemak cili api sardin , kangkung goreng, ikan goreng, sup ayam dengan makaroni... Jadilah tu kan...


makaroni yang dah direbus dimasukkan dalam periuk sup...

my sardines....add in to the santan


our lunch for today.......
Till then........


Saturday, October 17, 2009

Tuesday 13 October 2009 - Last day cuti at home...

Diam tak diam hari ni last day I kat rumah. Besok kerja... urrgghhhh. Tak best. I would prefer it very much to stay at home and bringing up my kids.. tapi tulah.. belum dapat greenlight dari hubby. I pun belum rasa secure enough nak jadi fulltime housewife. Hari ni kena buat some ironing.... Apa-apa pun kena masak gak....
Am cooking Ikan selar goreng berlada...



my sis cooked the masak lemak sawi.....


syahidi...before going to school....

Till then....


Thursday, October 15, 2009

KERIS family day - 9 & 10 October

Last week kebetulan masa I cuti, hubby's office buat family day. Kebetulan sesangat sebab dahlah sekarang I susah nak apply cuti so ni pegi masa ni dah kira bagus dah... 2 in 1. It was held at the Agrotek Garden Resort, Bt 14 kat Hulu Langat. Kitorang bertolak dari rumah around 4pm and sampai dah nak dekat pukul 7pm. Kalau I tau, awal lagi I dah suruh hubby gerak coz check in was from 2pm. Sampai je dah nak Maghrib....nak mandi apa???? Tapi the kids tak peduli, depa masuk jugak dalam sungai tu.




masa baru sampai....night ada this tarian api ..sort of welcoming dancelaa

Actually hubby baru join Istana Budaya sometime last year. Prior to this, dia kat Petronas. So ni kira my first gathering dengan staff IB. This family day was for the Kelab Kebajikan & Rekreasi Istana Budaya so staffs yang involved to tak terhad pada certain department je. All in all, it was okay. Activities held by Agrotek tu padat la jugak. I didn't take any photos during dinner. Wa sebok mengisi perut lah beb! Ni aktiviti hari Sabtu....




Hubby & me with the kids....


Acara kutip gula-gula...Rafie dapat 1st.


Farah...in action


Bapaknya pulak in action....


Time for a bit of splashing.......












Nak balik....the kids dengan hadiah yang dibawak pulang......






The kids were having great times...I aje ada sikit ralat ...heh heh   tak dapat nak mandi sungailah. Activities was quite packed, tak kuasalah nak mandi-mandi bagai... Mana nak tengok budak-budak. Abis mandi tu dah lebih kurang pukul 12pm. Nak check out pulak and then terus lunch. Mana ada masa...pastu I jugak nak kena kemas baju & barang sumer tu. Tak pe ...next time kita gi mandi sungai... Ulu Bendul pun ok ape...

Till then.....



Tuesday, October 13, 2009

Amil's wedding - part 2

Well, salam to all. Kejap je I melayan perasaan sejak dapat 'that shocking' news. As the saying goes ...'hidup ini mesti diteruskan'..... Betulkan? At least I tahu yang my mum dah dapat terima kenyataan for what had happened. Now dia pun dah tahu about 'it' rasa lega jugaklah. Masa I tulis previous entry tu, only three of my siblings knew...that's why I rasa macam nak pecah dada tahan perasaan. Now even our lives changed, one thing for sure ..the family bonding tu rasa lagi rapat. Hikmah disebalik kejadian yang berlaku.....

Enuff of that lah haaa.... Ni ada photos I ciluk from my niece's FB..he he he...sorry An. More of the weddings photo.....

Me & Children, next photo with Nana & Shasha



Us....










From left : An, me, Kak Nina, Kak Yah, Kak Emi (Kak Nina's SIL) & mum




Haaa.... dalam banyak - banyak gambar I paling suka gambar ni. Rasanya ni si Adik kot...dengan my nephews....



TIll then.........



Tuesday, October 6, 2009

Turmoils..........................

Tak tau macam mana nak letak kat sini..... but what happened last Sunday was a GREAT shocked to me & my family. Too personal to put down here. It changed the lives of my ENTIRE FAMILY...... berat sungguh dugaan yang diberi olehNya.

But I'm more concerned about my mum. Kalau dia tak tahan dengan dugaan ni and choose to follow Arwah Bapak to the alam yang satu lagi.... I HAVE to redha. You know what I mean kan? Walau macam mana sayang pun I kat Mak, kalau Allah lebih sayangkan dia........ Its not that I wish 'that' for Mak just more like a reminder to myself that sometimes I have to let go orang yang I sayang. But , I'm hoping sssooooo much that she can make it few more years.

Kena terima kenyataan that this musibah changed our lives. Just dont know how to break the news & face my hubby. He'll be back this Thursday.

Dont feel like blogging for the time being. Sorryyyyy........

Till then...........


3rd October 2009

Today is the wedding day of my eldest nephew - Farzankamil Yusuf. Congrats dear! Semoga perkahwinan Amil & Ema diberkati Allah dan kekal hingga akhir hayat. Actually nikahnya hari Jumaat (2/10) lepas Asar tapi I kerja and went to my sister's place right after office so missed the nikah ceremony. Nak upload gambar pun tak dapat coz hubby bawak camera gi Paris and I pulak kena sambut tetamu kat dewan...malas nak pakai phone sendiri. Semua gambar kat kamera or phone anak buah....except this one photo.....


with pengantin & Kak Yah.......

Till then.....................