Thursday, February 18, 2010

Public Holidays updates............

Konsert Satu Suara --- 12 February 2010

Went for Siti Nurhaliza's Konsert Satu Suara kat Istana Budaya on Friday. Hari tu I kerja so pergi straight from office. Mum & Shasha temankan Farah sampai Seremban coz dia pun nak cari barang so I'll meet her there. Pergghhh punyalah ramai orang kat terminal. Nak cutilah katakan... bas pulak takde. Stranded kat Hway. Nama saja I keluar office pukul 5ptg tapi pukul 7ptg baru masuk bas. Sampai KL abt 8.10pm. Hubby dah siap tunggu kat Dayabumi...reached ther just nice...ngam ngam pukul 8.30mlm.... he he....

After the show............

Aizat........

Siti.......

Faizal...........
Enjoy the show very much. That nite was for fan club so bergegarlah jugak IB tu.....Duet between Aizat & Faizal Tahir pun best. Siti's voice pergghhh...memang superb. Makin berusia suara dia makin power..... Malam tu baru I tahu yang lagu Fikirlah tu lagu Aizat. My eldest sister punya caller ringtone pakai lagu tu. Selama ni dok ingat tu lagu Indon...cheh.....

Lagi 2 minggu pulak teater ANTARA. Sempena Maulidur Rasul. Heh heh...harus pergi nih...Nak jumpa Fahrinnnn.... More over my cousin pun involve jugak - Haeriyanto. nak usha En Hubby le.

Sunday (13 February 2010)
Kong Hee Fatt Choy to all Chinese! Wa balik Kelang hari nih. Spent over nite here. Bawak chocolate cookies yang buat semalam...yes, semalam I buat lagi 2 adunan of cookies. Dapat dalam 2 balang. Kali ni bawak ke Kelang sikit. My SIL & niece ajak gi Pangsun besoknya. Malaslah. Dari Seremban ke sana bukan dekat dah tu Rabu my kids sumer dah skolah balik. Instead, I ajak Hubby bawak we all tengok wayang.

Selasa, went to watch Chris Columbus' Percy Jackson & The Lightning Thief. Very entertaining. My kids love watching it.

Till then............


Friday, February 12, 2010

Facebook

'You ada akaun facebook?' , 'Nanti add nama I, ye!', itu antara soalan yang sering keluar kalau kita jumpa member especially member lama dah tak jumpa. No handphone orang dah jarang tanya... I pun dah terjebak ngan facebook dari tahun lepas. Bukan takde yang invite tapi masa tu I agak FB nih macam myspace tu... untuk budak muda je ....acik pun muda gak apa.. almaklumlah umur makin matang ni kan..... Dulu heboh gak cakap FB tu orang Yahudi punyalah meaning kita mengkayakan Yahudi kalau bukak FB. Akak tak peduli...bukannya nak buat apa pun, cari kenalan jek.

Antara sebab I bukak FB
1) ramai kaum kerabat kat sini...makcik, pakcik, sepupu, anak sedara mana yang ada FB tu senang nak tahu perkembangan. Jadi lagi meriah pulak kat FB dengan komen-komen diorang tentang sesuatu post tuh. Mana yang tak pernah jumpa pun boleh jumpa kat sini.
2) I nak cari member-member yang dah lama terputus contact. Sapa sangka boleh jumpa kat sini kan?
3) lagi cepat dapat reply banding dgn e-mail.
4) hah ni yang penting...menceriakan hidup saya.....kekadang komen-komen yang kenalan kita bagi tuh boleh buat kita gelak sensorang... tapi I tak nak terjebak dgn games yang ada kat situ. Takmauuuuu......

Ni ha terjumpa komen dari Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman pasal hukum penggunaan Facebook.  Okeylah tukan. Anak I pun ada FB and I remind them not to simply adding friends on FB. Kalau tak kenal tu jangan add.

Till then......

*psstttt malam nih nak gi tengok Konsert Satu Suara - Siti Nurhaliza.....

Sunday, February 7, 2010

Launching of Orkestra Tradisional Malaysia

Minggu ni dah masuk kerja macam biasa dah....takde cuti-cuti lagi. My mum pulak seminggu ni takde....dia kat PJ. Pandai-pandai Ayong lah nak masak apa untuk anak I makan. Malas betul nak buat apa-apa. Tart nenas yang member mintak pun belum buat lagi. Intinya dah siap tinggal nak buat aje. Macammana nak buat...dengan anak lagi, baju sekolah nak kena gosok......menciklah.. Tapi nasib baiklah hubby tak balik makan malam kat rumah. Dia sebok sungguh semenjak dua menjak nih. Iyelah...kalau dia balik makan takkan nak masak cincai kan? kesian Cik Abang tu...dalam 2 minggu ni dia sampai rumah lepas tengah malam. Ada tu lepas pukul 2 pagi baru sampai rumah. Hishhhh risau jugak kekadang tu...KL - Sban tuuu.

En hubby ada projek besar hujung minggu ni. Pelancaran Orkestra Tradisional Malaysia kat Istana Budaya. He's the first conductor for OTM. Orkestra ni menggabungkan alat-alat muzik tradisional bangsa Malaysia. Echewahh...promote sikit... well anyway the launching was held for 2 days - 5 & 6 February. Kami satu rumah semua pegi hari Sabtu. Pegi naik bas lagi you...coz hubby kena sampai sana awal (dlm pukul 3 ptg ) & akak pulak taknak pegi awal. Dipendekkan cerita......haa copy paste gambar...

Masa baru sampai......

nilah yang dikatakan 'like father, like son'.....

lepas show...antara artis : Jamal, Iqwal, A'an Heavy Machine..........

Sali & Babola.....kumpulan orang asli.....

with part of hubby's family....

my side pulak.........
Proud of you, dear.

Till then..............

Tuesday, February 2, 2010

Last few days of January

Wow! Pejam celik pejam celik...dah minggu terakhir den cuti. Minggu depan dah nak kerja balik...urgghhh malasnya. Bilalah nak dapat greenlight dari hubby soh berenti kerja ek? Jangan mimpilah....

Hari Ahad hari tu my cousin Haeriyanto datang  with his wife, Ony & baby Irfan Fansuri. SIL & my 4th sister pun balik. Mak pulak 2, 3 hari sebelum tu dah sebok prepare apa nak masak... So ....silalah jamu mata ye...


Haaa tu dia...clockwise fr left : sambal udang & petai, sayur campur, lemak cili api ikan sembilang & daun asam gelugur & ikan siakap bakar....

Petang tu pulak pergi Rembau kejap, rumah adik Arwah bapak. We call her Induk. Arwah bapak dulu membesar kat rumah tu lah...now Induk & husband yang duk situ. At least I still have a place to be called as my kampung. Mak dah pesan nak beli petai dari Pak Induk - nak buek joghuk......


                                     
rumah Induk......

                                     
petai yang nak di buat jeruk.........


mak & Induk Mahani.........

sakan bergambar budak dua orang nih...


sesi bergambar kat kampung....


Irfan...petai tu yang dia geram....
Malam tu mak ikut Kak Jo balik PJ coz they have to settle arwah Abang Jai punya EPF. Tinggal I, hubby, kids, Ayong & Shasha. Isnin pulak I & hubby cuti Hari Wilayah. I kerja ikut KL. So, lepas hantar kembar ke sekolah hubby ajak gi pekan Seremban. Pastu pi Jusco tengok Legion. Merasalah acik gi dating berdua dengan hubby. Citer tak berapa best kalau nak bandingkan dengan Avatar..tapi demi pegi dating tu kan...best ajelah.... hiks...

Till then..........