Saturday, September 12, 2009

Cornflakes

Sedar tak sedar dah lebih 20 hari kita puasa ye. Hari ni Akak plan nak buat biskut cornflakes. Balik kerja tadi lupa nak keluarkan butter. Lepas berbuka baru keluarkan. Dapat buat 4 adunan. Ni pun dok curi -curi masuk blog... biskut dalam proses gentel & bakar je... heh heh Akak ada pembantu.... Sapa lagi kalau tak anak buah 2 orang tu.. Zaza & Shasha.... Si kecik Hana pun sibuk nak tolong kakak-kakak.

Ni rupa biskut cornflakes Akak....sebelum dan selepas dibakar..heh heh heh....
  
Have to go coz Mr Hubby nak pakai PC pulak. Leceh....
Eh! eh! Tadi kata nak guna PC tapi bila orang panggil dia tak pakai plak. Laa ni Hubby dah terbongkang kat tempat tidur. Lepas habis bakar biskut tadi I terus bakar badam pulak. Senang nanti nak buat London Almond, badam dah ready.

Besok rasa nak pegi town kejap kot. All my kids will be having their piano class pukul 10.45pg so mungkin lepas hantar bebudak boleh terus pergi. I nak buat tart nenas tapi nenasnya pun belum beli. This year memang I lambat buat kuih but I still have to do it. Kesian bebudak tu. Nak beli tak berbaloi rasanya ehhh bukan rasa je memang tak berbaloi. Nak tak nak kenalah akak buat jugak.

Uishh dah pukul 2 pagi dah.. patut mata berat semacam je....


Till then..................

No comments:

Post a Comment