Friday, May 25, 2012

Projek Ulangkaji 2 - Slice Cake

Salam peeps,

Mood mencuba tengah membuak-buak.....:) Hari tu cuba buat Fresh Fruit slice cake. Seharian jugaklah buat. Then, dah nak maghrib, Inchek Suami balik. Belum masuk rumah, he told me,"Besok ada makan2 kat ofis, apa boleh bawak?" Chehhhh....macam tau-tau jek kita tengah ada projek kat rumah. Dengan muka suci selamba saya bg tau,"tu ada slice cake kat dapur tu". Senyum  je dia sambil masuk rumah...


Slice cake
lebihan buat slice cake....jadi cupcakes. ni untuk anak2
Till then.....

Friday, May 4, 2012

Projek Ulangkaji 1 - Cream Puffs & Eclairs

Salam peeps,

Hari tu kan gi belajar buat choux pastry - cream puff & eclairs. Ni first try.......
Cream Puffs in the making....

Hasilnya......mmmmmm
Banyak lagi nak kena cuba buat balik. Insya'Allah kalau cuba yg lain, I'll try to post it here..

Till then....... 


Saturday, April 28, 2012

My li'l princess is 1 year old!!!

Salam peeps,
Today, a year ago (27/4/2011) I gave birth to my second princess ...... puteri bongsuku, Nur Syarah Madihah. Lahir-lahir je dah create sejarah... anak mama & cucu yang pertama lahir secara Czer. Maybe sebab jauh sangat jarak dengan abang kembar kot... Apapun, Alhamdulillah rezeki Madihah dapat fully breastfeed sampai lah sekarang nih. Makin bijak dan selalu buat kami senang dengan keletahnya....

Sebabkan 27/4 hari tu hari Jumaat, amek gambar dgn kek kecik je dulu. Besoknya baru potong kek besar. Birthday Madihah ala kadar jek.. potong kek je. Tapiiii....haa yang istimewanya, kek tu mama buat sendiri! 
Jom, kita layan gambar ....
Ni pada 27/4/2012

Birthday girl

Tulisan ke laut..thanks Ateh.

Italian Rainbow cake

Semoga anak mama menjadi anak yang solehah dan terpuji akhlak dan budi pekertinya sepertimana maksud Madihah.....



Till then..........




Thursday, April 26, 2012

First Baking Class....ever

Salam peeps,
Hari Selasa & Rabu hari tu, first time lah pegi join baking class. Jenuh tunggu date ni. Booking dari bulan Disember tahun lepas lagik. Kalut sangat masa nak bank in duit deposit. Apataknya.. dah janji nak bank in hari Jumaat, sekali tengok masa tu En Hubby soh ikut gi Cherating... mana lah acik tau kat mana ada ATM sang Rimau. Tanya2 kat budak local, diorang kata yang paling dekat kat Kemaman... Jommm malam tu jugak desak En Hubby gi Kemaman bank in. Legaa.....

Ni gambar-gambar dari blog Kak Ina ......
24 April - dok pulun habiskan buat tartlet
25 April - Tengah susun Strawberry slice cake
Ni yang buat masa first day
Roti...roti....
Slice cakes

Penat wooo... 2 hari berturut-turut. Balik rumah berdenyut-denyut kaki tapi enjoy. Entahlah..pasal apa masa dulu tengah kerja tak terfikir nak masuk kelas macam ni. Sibuk dengan keluarga...anak... pastu family pun memang support tapi macam tu jelah. Almaklum..dalam keluarga ni belum ada yg betul-betul nak involve dalam dunia baking nih. Member pun takde yang kaki buat kek, pergi kelas kek......makan kek adalah!!!

Anyway, pemangkin yang betul-betul untuk acik gi kelas tu.... tak lain tak bukan...
dah nak setahun baby mama nih... :)
Ni dia...... si gebuku. Besok, April 27 genap setahun usia Madihah. Dah alang-alang pilih date belajar ni, acik belajar sekali buat Italian Rainbow cake & Russian Black & White. Boleh buat kek birthday dia. 

Dua hari ni jugak lah Madihah tak menyusu badan siang hari.... Kesian anak mama nih. For info, alhamdulillah, Madihah masih fully BF. Risau jugak masa tu takut dia meragam nak susu. Takut je kalau ada call dari rumah. Alhamdulillah evrything went on smoothly. Balik je terus ngulit sikecik ni..... 

Esok kita sambung lagi ya....

Till then.......



Monday, January 2, 2012

Year 2012 !!!

Hari ni dah hari kedua dalam tahun 2012. Well, I'm starting the new year in a different position - Domestic Officer a.k.a. Homemaker.....hehe. Dah 5 bulan jadi stay at home mom, so far saya sukaaa.... I do enjoy my time at home raising me own children..

Yang bestnya of coz laa kan..time cuti sekolah ni bila dapat perintah dari En Hubby, "Kemas baju, kita gi...bla..bla..bla..". Member ada bengkel/ seminar pasal kerja, kita dapat ikut. Tak kesahlaa kalau terpaksa buat agenda sendiri dgn anak-anak...janji bebudak tu enjoy.

Lagi berapa hari jek sekolah nak di buka balik... Ish..masuk balik la sessi menggosok baju sekolah bebudak. Farah dah form 3, Syahidi pulak tahun 6. Maknanya kedua-dua budak itu akan menduduki peperiksaan besar dan mama akan double tension....haisshhh. Kembar, Rafie & Azharie tahun 4. Semuanya sekolah sesi pagi. Madihah je dok teman mama, nenek & mak long separuh hari...hehe.

Tahun ni, I'll try my best untuk merajinkan diri mengupdate blog ye! Esok kita sambung...bukan apa..penat le baru balik dari Melaka rumah SIL. Sila salahkan faktor usia saya yang dah masuk  4 siri...hehe

Till then..........

Friday, September 9, 2011

Syawal 2011

Salam peeps,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga


Pejam celik, pejam celik dah 10 Syawal. Didn't feel like updating this blog of mine. Guess...I'm busy re-adapting to the new schedule. Chehhh...macam le busy sangat. Nah...I'd resigned from my work and now proudly declaring that I'm a home-maker! Officially began on the month of August...yup, fasting month. For the first time...I don't have to rush in the morning. After Mr Hubby off to work & the two big ones are off to school, boleh sambung tido kejap while tending to Li'l Madihah.

Well, since tahun ni first time dok rumah masa bulan posa, I thought bolehle buat kuih lebih sikit. Hehh...angan-angan jek.... Tahun nilah yang paling malas & takdak mood nak buat....mak tak sihat and with a small baby, cooking the daily meal and baking the cookies seems an impossible pair . Pecah rekod buat 4 jenis jek, tu pun buat syarat jek. Siang buat sikit-sikit and bila malam, jangan harap nak dapat buat. Si kecik tu asyik dok mengopet jek. Barang-barang untuk buat kuih still ada lagi and am determined to finnish it. Gotta do it!

Citer pasal sikecik ni....dah 4 bulan dah dan dah pandai sembur-sembur air liur. Habihlah gugur rambut mama ni...So far, masih fully breast feed dia, alhamdulillah. Sejak dok rumah pun takde pam & buat stok susu. Got to pump and buat stok balik nih. Yang ada pun tinggal 2 botol jek and dah nak expired...huhu.

Si gebu ku yang dah pandai bergaya...

Apa lagi nak tulis taip eh? Now that I'm a home-maker, got to plan my life. 'Plan my life'...hahaha...macam bagus jek. Tapi, sungguh..kena manfaatkan juga masa kat rumah tu. I intend to go to a baking class. Nanti-nantilah...kena survey jugak and tunggu bulan depan ke.. Shian pulak En Hubby, dah banyak 'gambar Agong' dia keluarkan untuk Raya.

Till then......

Monday, July 18, 2011

Obses

Haha...Obses! Yup. Memang tengah obses dengan sicilik ku. Tuah anak bongsu kot....semua orang dok manja kan dia. Baby Madihah dah 2 bulan lebih dah dan ku tengok perkembangannya lebih ke depan sikit kalau nak dibandingkan dgn kakak & abang2 masa seusia dia. Sebulan lebih dah pandai mengagah dan sekarang ni dah pandai jerit sikit & buat bunyi lain. Hehe...mak manalah yg tak puji anak sendirikan?

Madihah - 2 months old
Dulu masa belum ada baby kecik ni, Mama dok stand by je bila En Hubby kata nak keluar gi memana dengan anak-anak. Sekarang ni, kalau En Hubby kata nak gi memana, dengan Madihah sekali Mama angkut...hehe...sebab dia masih mmenyusu badan. Senang je kalau bawak dia. Masukkan dalam sling and sambil jalan, sambil menyusukan Madihah. 2 minggu lepas balik Kelang, weekend baru lepas ni pergi KL rumah kakak & Ampang. Sampai rumah nak dekat pukul 2 pagi. Alhamdulillah Madihah tak meragam.


Lenanya dia tido

Anak dara kecik dah siap nak gi jalan rumah Wak nya
Lagi 2 minggu jek kene gi kerja. Pastu start bulan 8 dah duduk rumah...jadi 'Domestic Officer' gitu.. Hehe.. Glamour sikit. Kesian nenek Madihah, dah memang sepatutnya mak berehat. Aku pun first time nanti tak yah amek cuti untuk buat kuih raya. Dan takde lagi episod terkejar-kejar balik waktu lunch sebab anak meragam...hehe..

Till then.......

Wednesday, June 29, 2011

Back to Work

Sedar tak sedar dah 2 bulan usia puteri bongsuku. Rasa tak puas dok rumah mengulit badannya yang gebu. Masa memula lahir, En Hubby tak dapat decide nak letak nama apa. As for me, I dah decide sebelum baby keluar lagi. Nur Syarah Madihah, at last nama tu yg jadi pilihan. Apapun, layan gambarlah ye....

Macam anak korea - sepet
   
Nak keluar hospital, balik rumah
 
3 days old Madihah
Madihah dah sebulan
 
Sicilikku dah pandai bergaya
 
Masa nih lagi beberapa hari nak 2 bulan. Cuba gown yg Tok Ngah Spore bagi



Saturday, May 7, 2011

At last.....finally

25 April, 2011 - Isnin
Pagi dah rasa contraction cuma tak berapa sakit jek. Jarak pun jauh-jauh. Kekadang dalam setengah jam, kadang tak sakit pulak. Bagi tau Hubby. Gi hospital. False alarm saja. BTW, my Gynae tanya nak tunggu kat sepital ke nak balik. Gatal pulak mulut ni jawab nak tunggu kat sepital. Stay overnite. Rimas sungguh. Kejap2 nurse datang check BP. Besok tu balik.Cost us abt RM500 lebih.. Dalam kereta dah kena sound dgn Hubby..'Lainkali jangan cepat panik'....Sabo jelah.
Sangatla tak best bila keluar dari hospital bawak balik baby box & perut yg memboyot...huhu. My gynae kasi MC 5 hari dari semalam sampai 29th.

27 April, 2011 - Rabu
Hubby hantar Farah & Syahidi ke sekolah sbb hujan agak lebat. While I was washing myself, keluarlah pulak lendir pekat greyish and ada campur darah. One of the sure sign. Nak call Hubby tapi rupanya dia balik pulak lepas hantar anak ke sekolah. Dalam pukul 9 pagi baru rasa contraction. Kali ni I tak mau terburu-buru. Kebetulan mak ada appoinment kat Klinik Kesihatan. Temankan mak dulu sambil tu tahan je lah bila rasa sakit.
Around 12pm...dah tak tahan. Gi hospital. Aorund 1.30pm Dr Sidhu sampai and told me that my cervix baru bukak 3cm and that my baby's heartbeat is slower. Dari 166 perminute ke 90perminute. Dia terus bgtau I had to undergo Csect. Mau terkejut beruk I & hubby. Hubby asked if I can deliver normal and the Dr said that we'll lose the baby. Oh nooo! So, Czer pun Czer lah janji anak ku selamat.

My Li'l Madihah - Born on 27/4/2011 at 2.54pm
Puteri Bongsuku selamat dilahirkan pada pukul 2.54ptg. Berat - 3.15kg. LEga selega-leganya bila dah selamat melahirkan. I was warded for two nites & three days. hari Jumaat discharge. Anak bongsu...belum apa-apa dah buat babanya keluarkan belanja lebih.....:))




Monday, April 18, 2011

Counting the days......

Salam peeps,

Besok, 19 April, 2011 my pregnancy will be 39 weeks. Tak sabar sungguh rasa nak jumpa si kecil ni. I'm lucky eventho I'm in my late 30s, the pregnancy went smoothly. Cuma bila dah sarat ni barulah terasa sangat penat, letih, tegang...macam-macamlah. Tapi preggy lepas 8 thn nih best jugak. Rasa macam first timer pulak..haha. Got to start from zero again coz barang si kembar dulu semua dah takde...dah di pass around. Yg ada cuma baby box yg beli masa Farah dulu.

En Hubby pun bukan main lagi... mintak sajalah apa, sure dapat punya. Thanks dear! Rezeki baby, sampai nenek pun tak sabar dah nak tengok ada budak kecik balik kat rumah. My mom sibuk dok usha soh beli baby cot. At last, masa pegi Parenthood Expo kat Mid Valley last March tertunailah hajat hati nenek... :)


 
Tinggal tunggu tuannya aje....

Insya'Allah I'll deliver my baby kat Columbia Asia hospital. Nih kenalah bayar sendiri sebab En Hubby dah kerja kat IB. Anak punya pasal... I pilih kat situ coz nak gynae yg sama jugak, Dr Sidhu. He's been my gynae since my first daughter. Kalau takde pape, besok check up and I just have to wait for this precious bunble to make her first appearance.

Till then................

Thursday, March 3, 2011

Longgggg overdue updates

Assalamualaikum!
Huishhhhh...berkurun rasa tak update blog. Demam malas melanda. I'm still working in the same old office... huh :( . Anak-anak makin sibuk dengan kegiatan sekolah memasing and also aktiviti hujung minggu. Anak daraku dah form 2. Si Iddi dah Drj 5 and kembar Drj 3.

As for me, I'm expecting my 5th child. Hehehe.... setelah sekian lama, 8 thn to be exact, mengandung balik. Rasa cam tak caya jek! I'm well into my 32nd weeks now. EDD is on 26th April, 2011.

Nantilah, kalau rajin I'll post some more...


Till then......

Sunday, August 22, 2010

Blog revisiting

Salam. It seems an eternity since I wrote in here. Been infatuated with FaceBook...hehehe.... Coz I've been updating my status & piccie there. So, it will just be another repeating here. Gosh!!! It's Ramadhan now...12th day of Ramadhan to be exact. Lots of things happened since the last time I'm here.

First thing first, I've covered my head now. Yup. I'm wearing tudung. Been wearing since Maulidur Rasul 2010. In fact, my first appearance with headscarf was at the Musical Theatre : Antara which was staged at Istana Budaya on 26th February, 2010.


With Mum, Farah & Farhan, my niece..
Me & Ellie Suriaty. She's my ex-classmate in Sek Ren Sri Petaling.

Need I say more?....hehehehe

Till then.......................


Thursday, February 18, 2010

Public Holidays updates............

Konsert Satu Suara --- 12 February 2010

Went for Siti Nurhaliza's Konsert Satu Suara kat Istana Budaya on Friday. Hari tu I kerja so pergi straight from office. Mum & Shasha temankan Farah sampai Seremban coz dia pun nak cari barang so I'll meet her there. Pergghhh punyalah ramai orang kat terminal. Nak cutilah katakan... bas pulak takde. Stranded kat Hway. Nama saja I keluar office pukul 5ptg tapi pukul 7ptg baru masuk bas. Sampai KL abt 8.10pm. Hubby dah siap tunggu kat Dayabumi...reached ther just nice...ngam ngam pukul 8.30mlm.... he he....

After the show............

Aizat........

Siti.......

Faizal...........
Enjoy the show very much. That nite was for fan club so bergegarlah jugak IB tu.....Duet between Aizat & Faizal Tahir pun best. Siti's voice pergghhh...memang superb. Makin berusia suara dia makin power..... Malam tu baru I tahu yang lagu Fikirlah tu lagu Aizat. My eldest sister punya caller ringtone pakai lagu tu. Selama ni dok ingat tu lagu Indon...cheh.....

Lagi 2 minggu pulak teater ANTARA. Sempena Maulidur Rasul. Heh heh...harus pergi nih...Nak jumpa Fahrinnnn.... More over my cousin pun involve jugak - Haeriyanto. nak usha En Hubby le.

Sunday (13 February 2010)
Kong Hee Fatt Choy to all Chinese! Wa balik Kelang hari nih. Spent over nite here. Bawak chocolate cookies yang buat semalam...yes, semalam I buat lagi 2 adunan of cookies. Dapat dalam 2 balang. Kali ni bawak ke Kelang sikit. My SIL & niece ajak gi Pangsun besoknya. Malaslah. Dari Seremban ke sana bukan dekat dah tu Rabu my kids sumer dah skolah balik. Instead, I ajak Hubby bawak we all tengok wayang.

Selasa, went to watch Chris Columbus' Percy Jackson & The Lightning Thief. Very entertaining. My kids love watching it.

Till then............


Friday, February 12, 2010

Facebook

'You ada akaun facebook?' , 'Nanti add nama I, ye!', itu antara soalan yang sering keluar kalau kita jumpa member especially member lama dah tak jumpa. No handphone orang dah jarang tanya... I pun dah terjebak ngan facebook dari tahun lepas. Bukan takde yang invite tapi masa tu I agak FB nih macam myspace tu... untuk budak muda je ....acik pun muda gak apa.. almaklumlah umur makin matang ni kan..... Dulu heboh gak cakap FB tu orang Yahudi punyalah meaning kita mengkayakan Yahudi kalau bukak FB. Akak tak peduli...bukannya nak buat apa pun, cari kenalan jek.

Antara sebab I bukak FB
1) ramai kaum kerabat kat sini...makcik, pakcik, sepupu, anak sedara mana yang ada FB tu senang nak tahu perkembangan. Jadi lagi meriah pulak kat FB dengan komen-komen diorang tentang sesuatu post tuh. Mana yang tak pernah jumpa pun boleh jumpa kat sini.
2) I nak cari member-member yang dah lama terputus contact. Sapa sangka boleh jumpa kat sini kan?
3) lagi cepat dapat reply banding dgn e-mail.
4) hah ni yang penting...menceriakan hidup saya.....kekadang komen-komen yang kenalan kita bagi tuh boleh buat kita gelak sensorang... tapi I tak nak terjebak dgn games yang ada kat situ. Takmauuuuu......

Ni ha terjumpa komen dari Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman pasal hukum penggunaan Facebook.  Okeylah tukan. Anak I pun ada FB and I remind them not to simply adding friends on FB. Kalau tak kenal tu jangan add.

Till then......

*psstttt malam nih nak gi tengok Konsert Satu Suara - Siti Nurhaliza.....

Sunday, February 7, 2010

Launching of Orkestra Tradisional Malaysia

Minggu ni dah masuk kerja macam biasa dah....takde cuti-cuti lagi. My mum pulak seminggu ni takde....dia kat PJ. Pandai-pandai Ayong lah nak masak apa untuk anak I makan. Malas betul nak buat apa-apa. Tart nenas yang member mintak pun belum buat lagi. Intinya dah siap tinggal nak buat aje. Macammana nak buat...dengan anak lagi, baju sekolah nak kena gosok......menciklah.. Tapi nasib baiklah hubby tak balik makan malam kat rumah. Dia sebok sungguh semenjak dua menjak nih. Iyelah...kalau dia balik makan takkan nak masak cincai kan? kesian Cik Abang tu...dalam 2 minggu ni dia sampai rumah lepas tengah malam. Ada tu lepas pukul 2 pagi baru sampai rumah. Hishhhh risau jugak kekadang tu...KL - Sban tuuu.

En hubby ada projek besar hujung minggu ni. Pelancaran Orkestra Tradisional Malaysia kat Istana Budaya. He's the first conductor for OTM. Orkestra ni menggabungkan alat-alat muzik tradisional bangsa Malaysia. Echewahh...promote sikit... well anyway the launching was held for 2 days - 5 & 6 February. Kami satu rumah semua pegi hari Sabtu. Pegi naik bas lagi you...coz hubby kena sampai sana awal (dlm pukul 3 ptg ) & akak pulak taknak pegi awal. Dipendekkan cerita......haa copy paste gambar...

Masa baru sampai......

nilah yang dikatakan 'like father, like son'.....

lepas show...antara artis : Jamal, Iqwal, A'an Heavy Machine..........

Sali & Babola.....kumpulan orang asli.....

with part of hubby's family....

my side pulak.........
Proud of you, dear.

Till then..............

Tuesday, February 2, 2010

Last few days of January

Wow! Pejam celik pejam celik...dah minggu terakhir den cuti. Minggu depan dah nak kerja balik...urgghhh malasnya. Bilalah nak dapat greenlight dari hubby soh berenti kerja ek? Jangan mimpilah....

Hari Ahad hari tu my cousin Haeriyanto datang  with his wife, Ony & baby Irfan Fansuri. SIL & my 4th sister pun balik. Mak pulak 2, 3 hari sebelum tu dah sebok prepare apa nak masak... So ....silalah jamu mata ye...


Haaa tu dia...clockwise fr left : sambal udang & petai, sayur campur, lemak cili api ikan sembilang & daun asam gelugur & ikan siakap bakar....

Petang tu pulak pergi Rembau kejap, rumah adik Arwah bapak. We call her Induk. Arwah bapak dulu membesar kat rumah tu lah...now Induk & husband yang duk situ. At least I still have a place to be called as my kampung. Mak dah pesan nak beli petai dari Pak Induk - nak buek joghuk......


                                     
rumah Induk......

                                     
petai yang nak di buat jeruk.........


mak & Induk Mahani.........

sakan bergambar budak dua orang nih...


sesi bergambar kat kampung....


Irfan...petai tu yang dia geram....
Malam tu mak ikut Kak Jo balik PJ coz they have to settle arwah Abang Jai punya EPF. Tinggal I, hubby, kids, Ayong & Shasha. Isnin pulak I & hubby cuti Hari Wilayah. I kerja ikut KL. So, lepas hantar kembar ke sekolah hubby ajak gi pekan Seremban. Pastu pi Jusco tengok Legion. Merasalah acik gi dating berdua dengan hubby. Citer tak berapa best kalau nak bandingkan dengan Avatar..tapi demi pegi dating tu kan...best ajelah.... hiks...

Till then..........