Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

Last few days of January

Wow! Pejam celik pejam celik...dah minggu terakhir den cuti. Minggu depan dah nak kerja balik...urgghhh malasnya. Bilalah nak dapat greenlight dari hubby soh berenti kerja ek? Jangan mimpilah....

Hari Ahad hari tu my cousin Haeriyanto datang  with his wife, Ony & baby Irfan Fansuri. SIL & my 4th sister pun balik. Mak pulak 2, 3 hari sebelum tu dah sebok prepare apa nak masak... So ....silalah jamu mata ye...


Haaa tu dia...clockwise fr left : sambal udang & petai, sayur campur, lemak cili api ikan sembilang & daun asam gelugur & ikan siakap bakar....

Petang tu pulak pergi Rembau kejap, rumah adik Arwah bapak. We call her Induk. Arwah bapak dulu membesar kat rumah tu lah...now Induk & husband yang duk situ. At least I still have a place to be called as my kampung. Mak dah pesan nak beli petai dari Pak Induk - nak buek joghuk......


                                     
rumah Induk......

                                     
petai yang nak di buat jeruk.........


mak & Induk Mahani.........

sakan bergambar budak dua orang nih...


sesi bergambar kat kampung....


Irfan...petai tu yang dia geram....
Malam tu mak ikut Kak Jo balik PJ coz they have to settle arwah Abang Jai punya EPF. Tinggal I, hubby, kids, Ayong & Shasha. Isnin pulak I & hubby cuti Hari Wilayah. I kerja ikut KL. So, lepas hantar kembar ke sekolah hubby ajak gi pekan Seremban. Pastu pi Jusco tengok Legion. Merasalah acik gi dating berdua dengan hubby. Citer tak berapa best kalau nak bandingkan dengan Avatar..tapi demi pegi dating tu kan...best ajelah.... hiks...

Till then..........



Monday, November 30, 2009

Raya Haji 2009

Pejam celik, pejam celik dah Raya Haji ye. Tahun ni kitorang sambut kat Seremban dulu then later in the evening baru balik Klang. As usual. mum will be very busy cooking. I tak dapat nak tolong coz tak dapat cuti. She cooked sambal goreng, rendang ayam, kuah kacang and soto. Untuk raya Haji ni takdelah nak anyam ketupat or beli lemang sumer tuh...we used nasi himpit segera aje....



bapak-bapak dok makan...anak bujang pulak dah makan main monopoly..


Mee hoon soto & bergedil - nak bawak gi Klang


Sambal goreng....
Us..............

with nephew - Haziq

Till then.............

Thursday, November 19, 2009

Prize giving ceremony at SKTPJ

Well yesterday was the prize giving ceremony kat sekolah anak I. Only Syahidi got involved. That's him the 5th from left....yang paling besar. Tak tau dia dapat hadiah apa...rupanya markah tertinggi untuk matapelajaran PJK. Heh heh heh....anak I yang paling sihat tu.... dapat sijil lain jugak.... 5A. Alhamdulillah. Idi ni I tau terang hati but as usual lah...have to be pushed sikit.



puas pesan kat Farah....pergi depan ambik gambar adik as I was unable to attend it..nilah hasilnya....

Till then.....

Friday, November 13, 2009

Asam pedas Mak........


Yesterday mak masak lauk favourite cucu-cucu lelaki dia....anak I lah sapa lagi...heh heh...... Lauk apa tau..kentang goreng berlada dengan ikan bilis......Diorang ni kalau tak lauk tu, lauk ayam masak merah...kadang tu sampai naik jelak pulak makan...


Lepas Maghrib pulak my masak asam pedas ikan pari. Dia kenangkan menantu dia sorang tu..heh heh heh...sapa lagi kalau tak hubby I.... My hubby kalau bab kentang-kentang ni dia kureng sket. So, nasib baik dapat mak mentua macam mak I tu.

Mula - mula tumis cili, bawang kecik, bawang putih yang dah di blend. Add in lada hitam sket and also serai...dalam pic tak nampak le. Left - ikan parinya....



Dah naik minyak, masukkan ikan pastu air asam....dah mendidih sikit masukkan daun kesum...


nilah chef nya..... Puan Maznah Bujang......


I setakat goreng sayurlah hari ni... buat tambah..



My mum punya asam pedas....kalah Linda Onn punya.....I tell you......


Suasana di meja makan .....hubby belum balik lagi......Budak-budak semua dok pulun asam pedas, kentang berlada tak diusik....masuk fridge le jawabnya......



Ni aje yang tinggal. Actually untuk hubby awal-awal lagi dah asingkan dalam periuk kecik lain. So, this is the balance.... sayup je tengok......



Till then...............

Friday, September 18, 2009

Last day in the office before Raya

Hari ni Hubby hantar gi office coz dia dah cuti. Jealous I.... Nak pegi kerja pun malas so kenalah melaram sikit nak bagi semangat kan..kan....Ni baju yang I pakai masa nikah dulu.... Heh heh...more than 12 yrs ago... tak..tak... belum jadik vintage kan? kan?


Sensorang dalam bilik kat ofis......


Ni kain silk for 1st day of Raya....beli tahun lepas tapi ni baru hantar....


Bagi Acik ni haa raya is the time for family berkumpul, bermaaf-maafan. Tahun ni raya pertama tanpa Arwah abang Jai - my elder brother( Mohd Jailani Bin Mohd Kasim ). He was the 3rd in the family. Dia meninggal last year dalam 2 minggu after Raya. Masa raya tahun lepas macam-macam jugak lah dia mintak our mother masakkan fav. food dia. Kiranya my mum pun takde lah terkilan tak sempat buatkan ke apa..... Kalau I ni adik dia dok sedih-sedih ingatkan dia, kakak ipar I lagilah pulakkan! I just hope that Kak Jo, Marjan & Hafiz Karim tabah dalam hari-hari mendatang.


Arwah Abang Jai & family with mum. Photo taken during raya in 1998 kot...


Allah is great! Kalau Raya tahun ni we'll be celebrating without Abang Jai, there's a new addition in the family as well. Haziq Taqiuddin Bin Mohd Kamal. Yes, anak adik I tuu. At least mak boleh focus her attention to the cucu bongsu. And my brother had decided to let mum jage his baby even after SIL habis pantang. Meriah lah rumah dengan suara si kecik nanti...sure si kembar suka.

Well today is the last day I kat ofis before Raya. Wishing all muslims "Selamat Hari Raya AidilFitri , Maaf Zahir dan Batin"

Till then.................

Friday, September 4, 2009

Macam-macam Hal.......

Last Tuesday was the first day for our office new Management team. Sungguh tak disangka bermacam hal yang berlaku kat HQ... yang mana tempiasnya kenalah jugak kat kitorang kat Branch Seremban ni..... Oh Ya! Ada I bagi tau tak yang I ni dok kek Somban ni  haaa... Actually arwah bapak orang Negeri dulu kerja kat UKM Bangi and we stayed at Section 14, PJ. Bila dia pencen we all pindah ke Seremban ni haa.



OK back to the topic, so we have a new Head of Branch now. Bukan orang luar pun... dari office ni jugak - my superior. Ehemmm meaning I've been appointed too.....as Head of Dealing. Ni yang nak tergelak ni..dealer eh eden sorang yo! Edenlah boss, eden gaklah kuli eh. Hopefully dgn new Management ni Staff Appraisal thn depan ok lah kan....



Yang tak bestnya...ni yang nak nangis nih....I dah apply nak cuti .....dari 14/9 sampai 29/9. Jangan jelous aaa... 2 minggu tu beb. Big boss Dr HQ kata mungkin kena postpone.... waaarrggghhhhhhh.....  tensionnnn.
Tu pasal langsung tak tau nak upload gambar apa kat sini.... Dah lah tu. Boringlah dgn citer opis kan? kan?



Haa adik ipar I, Sue bakal dapat baby boy any time from now (anak ke 4). Siang tadi dia gi check up doktor kata dah 2cm buka. Tadi diorang laki bini datang buka posa kat sini -bebudak Mak Sue yang jaga. Masa berbuka dah hilang pulak sakitnya. Tunggu je lah ya Sue.....

Masa ni adik I, Kamal baru ada anak sorang.




Left- Izzati the eldest & Right- Suhana dgn Kak Farah.




Third child Raif with Wak Nina - my 2nd sis.










Mata pun dah ngantuk...otak dah bengap.... Acik nak tido dulu ye.




Till then...............