Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Back to Work

Sedar tak sedar dah 2 bulan usia puteri bongsuku. Rasa tak puas dok rumah mengulit badannya yang gebu. Masa memula lahir, En Hubby tak dapat decide nak letak nama apa. As for me, I dah decide sebelum baby keluar lagi. Nur Syarah Madihah, at last nama tu yg jadi pilihan. Apapun, layan gambarlah ye....

Macam anak korea - sepet
   
Nak keluar hospital, balik rumah
 
3 days old Madihah
Madihah dah sebulan
 
Sicilikku dah pandai bergaya
 
Masa nih lagi beberapa hari nak 2 bulan. Cuba gown yg Tok Ngah Spore bagi



Saturday, May 7, 2011

At last.....finally

25 April, 2011 - Isnin
Pagi dah rasa contraction cuma tak berapa sakit jek. Jarak pun jauh-jauh. Kekadang dalam setengah jam, kadang tak sakit pulak. Bagi tau Hubby. Gi hospital. False alarm saja. BTW, my Gynae tanya nak tunggu kat sepital ke nak balik. Gatal pulak mulut ni jawab nak tunggu kat sepital. Stay overnite. Rimas sungguh. Kejap2 nurse datang check BP. Besok tu balik.Cost us abt RM500 lebih.. Dalam kereta dah kena sound dgn Hubby..'Lainkali jangan cepat panik'....Sabo jelah.
Sangatla tak best bila keluar dari hospital bawak balik baby box & perut yg memboyot...huhu. My gynae kasi MC 5 hari dari semalam sampai 29th.

27 April, 2011 - Rabu
Hubby hantar Farah & Syahidi ke sekolah sbb hujan agak lebat. While I was washing myself, keluarlah pulak lendir pekat greyish and ada campur darah. One of the sure sign. Nak call Hubby tapi rupanya dia balik pulak lepas hantar anak ke sekolah. Dalam pukul 9 pagi baru rasa contraction. Kali ni I tak mau terburu-buru. Kebetulan mak ada appoinment kat Klinik Kesihatan. Temankan mak dulu sambil tu tahan je lah bila rasa sakit.
Around 12pm...dah tak tahan. Gi hospital. Aorund 1.30pm Dr Sidhu sampai and told me that my cervix baru bukak 3cm and that my baby's heartbeat is slower. Dari 166 perminute ke 90perminute. Dia terus bgtau I had to undergo Csect. Mau terkejut beruk I & hubby. Hubby asked if I can deliver normal and the Dr said that we'll lose the baby. Oh nooo! So, Czer pun Czer lah janji anak ku selamat.

My Li'l Madihah - Born on 27/4/2011 at 2.54pm
Puteri Bongsuku selamat dilahirkan pada pukul 2.54ptg. Berat - 3.15kg. LEga selega-leganya bila dah selamat melahirkan. I was warded for two nites & three days. hari Jumaat discharge. Anak bongsu...belum apa-apa dah buat babanya keluarkan belanja lebih.....:))




Monday, April 18, 2011

Counting the days......

Salam peeps,

Besok, 19 April, 2011 my pregnancy will be 39 weeks. Tak sabar sungguh rasa nak jumpa si kecil ni. I'm lucky eventho I'm in my late 30s, the pregnancy went smoothly. Cuma bila dah sarat ni barulah terasa sangat penat, letih, tegang...macam-macamlah. Tapi preggy lepas 8 thn nih best jugak. Rasa macam first timer pulak..haha. Got to start from zero again coz barang si kembar dulu semua dah takde...dah di pass around. Yg ada cuma baby box yg beli masa Farah dulu.

En Hubby pun bukan main lagi... mintak sajalah apa, sure dapat punya. Thanks dear! Rezeki baby, sampai nenek pun tak sabar dah nak tengok ada budak kecik balik kat rumah. My mom sibuk dok usha soh beli baby cot. At last, masa pegi Parenthood Expo kat Mid Valley last March tertunailah hajat hati nenek... :)


 
Tinggal tunggu tuannya aje....

Insya'Allah I'll deliver my baby kat Columbia Asia hospital. Nih kenalah bayar sendiri sebab En Hubby dah kerja kat IB. Anak punya pasal... I pilih kat situ coz nak gynae yg sama jugak, Dr Sidhu. He's been my gynae since my first daughter. Kalau takde pape, besok check up and I just have to wait for this precious bunble to make her first appearance.

Till then................

Thursday, March 3, 2011

Longgggg overdue updates

Assalamualaikum!
Huishhhhh...berkurun rasa tak update blog. Demam malas melanda. I'm still working in the same old office... huh :( . Anak-anak makin sibuk dengan kegiatan sekolah memasing and also aktiviti hujung minggu. Anak daraku dah form 2. Si Iddi dah Drj 5 and kembar Drj 3.

As for me, I'm expecting my 5th child. Hehehe.... setelah sekian lama, 8 thn to be exact, mengandung balik. Rasa cam tak caya jek! I'm well into my 32nd weeks now. EDD is on 26th April, 2011.

Nantilah, kalau rajin I'll post some more...


Till then......